1. Ketika umur 1 tahun = ibu bapa mahukan anak keempat mereka yang terlebih comel ini compare anak2 mereka retarded yg lain ini,menjadi seorang doktor..
2. Ketika umur 5 tahun = saudara mara melihat kebolehan saudara mereka yang extra manis ini boleh menjadi seorang pengajar..
3. Ketika umur 7 tahun = Kanak-kanak lincah dan unik ini sangat meminati secara mendalam pada koleksi barbie doll dan selalu mencari kain perca untuk mendesign dan menjahit baju berfashion pada barbie dolls nya setelah mendapat kepercayaan ibunya untuk menggunakan jarum. Beliau juga selalu berseorangan mengayakan baju ibu @ kakaknya dan menarik Easy bag nye seolah-olah seorang stewardess.
4. Ketika umur 8 tahun = Kanak- kanak ini sudah boleh merasakan dirinya akan menjadi seorang puteri mermaid macam Ariel suatu hari nanti kerana suka sangat berenang.
5. Ketika umur 9 tahun= Kanak-kanak extravaganza ini mempunyai minat yang sangat mendalam pada bidang melukis dan mewarna dan wajib menyertai apa-apa pertandingan melukis dan mewarna dan selalu menjadi saingan kuat dan berazam akan menjadi seorang pelukis seperti Leonardo Da Vinci.
6. Ketika umur 10 tahun = Kanak-kanak periang ini sudah merasa dunia nya sungguh meriah sekali dan mempunyai geng disekolah yang suka bermain bola baling dan perasan mahu melanjutkan di sekolah sukan bukit jalil untuk menjadi seorang pemain bolabaling antarabangsa.
7. Ketika umur 12 tahun = Kanak-kanak yang hampir menjadi anak dara yang sangat jelita ini terpaksa memikir masa depan & mengerah idea untuk menjadi apa kerana cikgu sekolah asyik tanya soalan yang sama dan mesti memberikan 3 jawapan cita-cita oleh itu merasakan diri ingin menjadi seorang model, paramugari @ pemandu lori..
(pelik ke tidak, takboleh nak pikir okay no 3 tu)
8. Ketika umur 13 tahun = Remaja muda yang sungguh menawan ini mempunyai minat untuk menjadi saintis! kerana di zaman sekolah menengah, subjek sains wajib diadakan didalam lab dan bermacam2 benda pelik yang diawet termasuklah seorang bayi yang mempunyai nostalgia disekolah itu dan menjadi punca remaja ini berminat pada subjek sains.
9. Ketika umur 14 tahun = Masih lagi cita-cita untuk menjadi saintis dan tahun ke tahun result subjek sains nya tak pernah menurun dan tidak boleh naik lagi sebab xde hurup sebelum A dah, dan menjadi saingan sangat kuat pada rakan2 cinanya yang nerd dan menjadi salah seorang anak pelajar kesayangan cikgu sains nya yang juga seorang cikgu disiplin.. hohoho..
10. Ketika umur 15 tahun = Saintis, Saintis, Saintis didalam diari kehidupannya.
11. Ketika umur 16 tahun = Selepas kekecewaan yang teramat sangat serius menonggeng dirumah, menerima result PMR dari cikgu sains yang sangat disayangi
' Eri***, sains awak kenapa macam tu?'
terus membenci, alergik dengan subjek sains dan memilih untuk bercita-citakan architect!! kerana sangat cool kelas LK mempunyai meja besar untuk student nya.
12. Ketika umur 17 tahun = YA! SAYA AKAN MENJADI SEORANG ARCHITECT SUATU HARI NANTI.. diriku berkejaran untuk mencapai dan mengecapi cita2 ku itu. dan sangat berusaha untuk mempelajari subjek itu dari cikgu tuition kami iaitu xingat name tp die bagus juga even 18sx! nak wat camne terpaksa belajar sebab die memang cikgu LK yg bagus.. kan nadia? hehe
13. Ketika umur 18 tahun = sudah tentu architect dan dalam borang UPU ku itu semuanya dalam bidang architecture,graphic, interior, fashion design, photograpy, artsy metsy semua.. ku diterima untuk interview course architecture, dan sebenarnye, saya dapat kerana bapaku mengetahui dari rakan nye dalam UiTM itu, tapi pelik, offer letter padaku adalah KEJURUTERAAN AWAM.. saya pon, what? tak tersenarai okay saya pilih course itu. lalu ku bersedih dan mengisi borang MAS untuk menyertai cabin crew.
14. Ketika umur 19 tahun = masih dan masih bercita-cita menjadi seorang architect tapi dah semester saya mengikuti course kejuruteraan awam di Jengka permai lagi terchenta. sambil2 itu, diriku dan bapaku berusaha untuk tukar course ke architecture. tapi.. niat ku perlu dihentikan kerana bapaku sangat berbangga anak nya ini telah menjadi seorang student of civil engineering..hmm.. demi bapaku..
15. Ketika umur 20 tahun= culture shock tapi bolehlah civil engineering ini.. nak tak nak dah half way, kene teruskan jua.. rakan2 yang sangat ku sayangi tak sanggup untuk berpisah dan sedang gatal bermain cinta di alam kampus jengka ini.. *wink wink*
16. Ketika umur 23 tahun= penat lelah menghabiskan masa dan berhempas pulas bermatian ku untuk menjunjung 2 scrolls iaitu diploma & degree. ku mula mencari slow2 kerja kosong untuk bidang ku ini.
tetapi telah kusedari.. diriku sebenarnya mempunyai minat yg sgt mendalam dari kecil dan mungkin telah memikirkan destinasi hidupnya iaitu cita2 pada umur 7 tahun..
setelah mencari tempat yang sesuai untuk mempelajari..
insyaAllah, tahun depan akan ku ikuti kursus-kursus itu jika tiada aral melintang.
amin~
























